Wednesday, May 23, 2012

Ramadhan bakal menjelang...


Ramadhan 1432 hijriyah tak lama lagi akan menemui kita, insya-Allah. Segala puji bagi Allah yang memberi kita kesempatan untuk meraih semua keberkatan, pahala dan pengampunan yang disediakan di dalam bulan ramadhan. Mari kita menyambutnya, meraikannya dan mengingatkan saudara-saudara kita untuk meraih kemuliaan bulan Ramadhan.Buatlah dengan ucapan SMS, telefon ataupun kiriman status Facebook..smoga bulan ramadhan tahun ini akan menjadi lebih bermakna buat diri kita...insya-Allah..Amin...

Wednesday, May 16, 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah..

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


 2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika mengh...adapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
 

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
 

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
 

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
 

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

 9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Sunday, May 13, 2012

22 tanda hari kiamat semakin hampir...



1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau      filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.



Dipetik dar Facebook Ust Azhar Idrus

Thursday, May 10, 2012



Kita selalu bertanya tetapi al-Quran telahpun menjawabnya:


  1. Kenapa aku selalu di uji? Jawabnya-(al-ankabut:2-3)
  2. Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak? Jawabnya-(al-baqarah:216)
  3. Kenapa ujian yang aku lalui seberat ni? Jawabnya-(al-baqarah:286)
  4. kenapa aku rasa kecewa ni? Jawabnya-(ali-imran:139
  5. Bagaimana aku nak hadapi semua ini? Jawabnya-(al-baqarah:45)
  6. Apa yang aku dapat dari semua ni? Jawabnya-(at-taubah:111)
  7. Kepada siapa aku berharap? Jawabnya-(at-taubah:129)
  8. Kenapa aku tak dapat tahan? Jawabnya-(yusuf:12)
jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal...insya-Allah...

Kisah Israa & mikraj



[Bismillah]


Israa Mi3raj.
Detik sejarah agung yang melakarkan seribu satu makna buat setiap diri muslim yang mengimani kerasulan pesuruh ALLAH, Nabiullah Muhammad SAW.

Seerah dan sejarah disebalik tarikh ini lah yang kita semua tahu, menjadi titik tolak penyampaian wahyu kewajipan solat 5 waktu yang menjadi tiang agama.Penguat keimanan dan pembersih jiwa kita sebagai muslim. Solat.
Tapi bukan itu sahaja yang patut kita pelajari. Banyak lagi yang mampu kita terokai dan dalami dari sejarah israa mi3raj ini.
Seperti erti pengorbanan Nabi yang sewaktu itu baru sahaja kehilangan insan-insan yang paling disayanginya, bagaimanapun Baginda tetap teguh memikul tanggungjawabnya dan tidak hanya berdiam meratapi kematian dua insan paling dicintainya itu, Saidatina Khadijah dan pakciknya Abu Talib.
Erti Keimanan. Erti keAgungan ALLAH dan betapa tingginya maqam Nabi Muhammad SAW disisi ALLAh sehinggakan perutusan Baginda dinanti-nantikan oleh nabi-nabi sebelumnya.
Juga erti taat dan erti Pengabdian seorang hamba.



Kronologi Israa Mi3raj secara amnya adalah :
1) Sebelum Israa, Hati Rasulullah dibersihkan.
2) Israa : Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin.
3) Mi3raj : Perjalanan naiknya Rasulullah saw menunggangi Buraq dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.

Berikut ana sertakan hadith2 sahih mengikut kronologi peristiwa.Semoga ia dapat menceritakan kisah israa mi3raj secara lebih jelas kepada kita semua. InsyaALLAH.
Pertama.
Maksud hadis :
Pada malam dijalankannya Rasulullah saw dari Masjidilharam datanglah kepadanya tiga orang pada saat sebelum turunnya wahyu,
sedangkan Rasul pada waktu itu sedang tidur di Masjidilharam.
Kemudian berkatalah orang yang pertama: “Siapakah dia ini ?
Kemudian orang kedua menjawab: “Dia adalah orang yang terbaik di antara mereka (kaumnya). Setelah itu berkatalah orang ketiga : “Ambillah orang yang terbaik itu. Pada malam itu Nabi tidak mengetahui siapa mereka itu, sehingga mereka datang kepada Nabi di malam yang lain dalam keadaan matanya tidur sedangkan hatinya tidak tidur.
Demikianlah para Nabi, meskipun mata mereka terpejam, namun hati mereka tidaklah tidur. Sesudah itu rombongan tadi tidaklah berbicara sedikitpun kepada Nabi
sehingga saatnya mereka membawa Nabi
dan meletakkannya di sekitar sumur Zam-zam. Kemudian Jibrilah di antara mereka yang menguasai diri Nabi, lalu Jibril membelah bagian tubuh, antara leher sampai ke hatinya, sehingga kosonglah dadanya. Sesudah itu Jibril mencuci hati Nabi dengan air Zamzam dengan menggunakan tangannya, sehingga bersihlah hati beliau.
Kemudian Jibril membawa talam yang terdapat di dalamnya bejana dari emas yang berisi iman dan hikmah. Kemudian dituangkanlah isi bejana itu memenuhi dada beliau dan urat-urat tenggorokannya”.
[HR Bukhari]

Kedua :
Maksud hadis :
Bahwa Nabi saw bersabda : “Datang kepadaku seseorang (Jibril). Kemudian ia mengeluarkan hatiku. Setelah itu dibawalah kepadaku piala yang terbuat dari emas yang penuh dengan iman, lalu ia mencuci hatiku. Setelah itu menuangkan isi piala itu kepadaku. Kemudian hatiku dikembalikannya seperti sediakala.”
(H.R. Bukhari dari Sa’sa’ah).

Ketiga:
Maksudnya :
“Bahwa Rasulullah saw bersabda : “Didatangkan kepadaku Buraq, yaitu binatang putih lebih besar dari keledai yang lebih kecil dari bagal. Ia melangkahkan kakinya sejauh pandangan mata. Kemudian saya mengendarainya, lalu ia membawaku sehingga sampai di Baitulmakdis. Kemudian saya mengikatnya pada tempat para nabi mengikatkan kendaraannya. Kemudian saya salat dua rakaat di dalamnya, lalu saya keluar. Kemudian Jibril membawa kepadaku sebuah piala yang berisi minuman keras (khamar) dan sebuah lagi berisi susu; lalu saya pilih yang berisi susu, lantas Jibril berkata : “Engkau telah memilih fitrah sebagai pilihan yang benar”. (H.R. Ahmad dari Anas bin Malik).




Hadis-hadis sahih mengenai peristiwa ini boleh didapati dalam Sahih Bukhari, Muslim dll. Syeikh Albani telah mengeluarkan dan menilai hadis-hadis isra' mikraj dalam kitabnya: Isra' dan Mikraj.
Antara hadis yang paling sahih dalam peristiwa ini:Maksudnya: Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda : "Jibril membawakan kepadaku seekor 'Buraq', iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada baghal, Ia dapat melompat sejauh mata memandang. Haiwan itu lalu kutunggangi sampai ke Baitul Maqdis.Sampai di sana haiwan itu ku tambatkan di tambatan yang biasa digunakan para Nabi. Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat.Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bekas (balang) yang satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.
Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, Jibril ditanya,"Kamu siapa?" Sahut Jibril, "Aku Jibril!"
Tanya : "Siapa bersama kamu?" Jawab : "Muhammad!" Tanya : "Sudah diutus!" Jawab ; "Ya, dia sudah diutus!"Setelah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Tanpa disangka, aku berjumpa dengan Adam a.s. Beliau mengucapkan 'selamat datang' kepadaku serta mendoakanku semoga beroleh kebaikan.

Kemudian kami naik ke langit kedua. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu.
Lalu dia ditanya, "Siapa kamu?" Jibril menjawab,"Aku jibril!"
Tanya : "Siapa bersama kamu?" Jawab : Muhammad!"Tanya : "Apakah dia sudah diutus?" Jawab ; "Ya, dia sudah diutus!"Setelah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan dua orang; anak dan paman, iaitu 'Isa anak Maryam dan Yahya bin Zakaria 'alaihimas salam. Keduanya mengucapkan 'selamat datang' kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.

Kemudian aku dibawa lagi naik ke langit ketiga. Jibril minta di bukakan pula pintu. "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"Tanya : "Siapa bersama kamu?" Jawab : Muhammad!"Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab ; "Ya, dia sudah diutus!"Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tanpa disangka, aku bertemu dengan Yusuf a.s yang kecantikanannya seperdua dari seluruh kecantikan yang ada. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.Sesudah itu kami dibawa naik ke langit keempat. Jibril a.s minta supaya dibukakan pula.Dia ditanya Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!" Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!"Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Idris a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kabaikan.

Firman Allah: "Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi." (Maryam : 57).Kemudian kami naik ke langit kelima. Jibril a.s minta dibukakan pintu. Dia ditanya "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!"Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" Lalu pintu dibukakan bagi kami.Tanpa disangka, aku bertemu dengan Harun a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.Kemudian kami naik ke langit keenam. Lalu Jibril minta dibukakan pintu. Dia ditanya, "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"

Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!"Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!" lalu pintu dibukakan bagi kami.Tanpa disangka, aku bertemu dengan Musa a.s. Dia mengu
capkan selamat datang kepadaku dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.Kemudian kami naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan pula pintu. Dia ditanya "Siapa kamu?" Jibril menjawab, "Aku Jibril!"
Tanya: "Siapa bersama kamu?" Jawab: Muhammad!"Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus!"

Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Ibrahim a.s sedang bersandar ke Baitul Ma'mur, dimana 70,000 malaikat setiap hari masuk ke dalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ.

Kemudian Jibril membawaku ke Sidratul Muntaha, mendapatkan sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah, dan buahnya sebesar kendi (bekas air). Setiap kali ia tertutup dengan kehendak Allah ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup mengungkapkan keindahannya. Lalu Allah menurunkan wahyu kepadaku, mewajibku solat 50 kali sehari semalam.Sesudah itu aku turun ke tempat Musa a.s, Musa bertanya "Apa yang telah diwajibkanTuhanmu kepada umatmu?" Jawabku, "Solat 50 kali." Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terbadap Bani Israil."

Kata Nabi SAW., "Aku kembali kepada Tuhanku lalu aku memohon, "Ya Tuhan! peliharalah umatku keringanan!' Maka Allah menguranginya lima." Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku, "Allah menguranginya lima." Kata Musa , "Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan."Kata Nabi SAW selanjutnya, "Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhanku dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: "Kesimpulannya ialah solat lima kali sehari semalam satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat; maka jumlah nilainya 50 juga. Dan siapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) satu kebajikan. Apabila dilaksanakannya, ditulis baginya (pahala) sepuluh kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak jadi dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika dilaksanakannya, maka ditulis baginya balasan satu kejahatan."
Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa a.s lalu kuceritakan kepadanya apa yang difirmankan Tuhanku itu. Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhanmu, dan mintalah keringanan." Jawab Rasulullah SAW., "Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhanku meminta keringanan, sehingga aku malu kepada-Nya.(Muttafaqun Alaih)
Sekian.Semoga kita semua beroleh kebaikan dan mudahan dengan sedikit usaha kita mendekati seerah nabawi ini, ia dapat mendekatkan langkah-langkah kita menuju syafaat Nabi serta Redha Ilahi.

Wallahu 'Alam.

Tuesday, May 8, 2012

Duhai masa...lapanglah...

Demi Masa
Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian
kecuali orang orang yang ;
Beriman
dan yang beramal soleh
dan mereka pula berpesan-pesan kepada kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.

[Surah Al-Asr : 1-3 Makkiyah]







Ibarat pepatah arab yang lazim kita dengar, "Waktu itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita. "

Masa bergerak bukan seperti manusia bergerak. Punya rentak, punya jisim.
Masa ada peraturannya dan ia bergerak mengikut peraturannya.
Patuh dek peraturan.
Sama seperti Makhluk ALLAH Bumi dan Matahari yang patuh dengan peraturan paksinya.
kerana mereka patuh, segalanya teratur.
Peraturan ALLAH. Jika patuh, tiada yang binasa.

Hanya kita yang punya peraturan tapi tidak patuh.
menjadikan kita makhluk yang sentiasa merugi.
Kerap kealpaan lantas terus ketinggalan.

Iyalah.
Manusia ni semua 'orang-orang busy'.
Yang menganggur pun katanya 'sibuk'. Sibuk menganggur.
Sentiasa ada perkara dan urusan yang mahu dibuat.
Betul lah. Itu lah manusia. Khalifah-Khalifah dimuka bumi.
Masing-masing punya hala tuju.
Ada matlamat.
Hanya ketiadaan masa.
Mana mahu mencari masa?

Siapa yang memegang masa?
Siapa yang mengatur peraturan masa?

Kadangkala, kita dah cuba disiplin, buat jadual pun tapi tetap masa tak cukup.
Itu barangkali masa kita terlalu banyak disibukkan dengan urusan kehidupan sehingga kita terlupa menyelitkan sedikit masa untuk ALLAH.

Ya, Barangkali.


InsyaALLAH, dalam kesibukkan kita bila kita mampu meluangkan sedikit masa untuk ALLAH.
Allah akan bantu melapangkan masa-masa kita.
Bukan dengan memberi lebih jam, dari 24 jam menjadi 26 jam.
Tapi dengan memudahkan urusan-urusan.
Dengan mendatangkan rasa senang dihati.
juga dengan meringankan beban hingga kita mampu menyelesaikan beberapa tanggungjawab dalam masa yang sedikit.
Segalanya terletak dalam kekuasaan ALLAH.

Sekadar peringatan buat diri sendiri.
Wallahu'alam.

Friday, May 4, 2012

Kata-kata hikmah:


1) Aku ingin melihat Allah SWT tetapi , keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah.
Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim.
Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan Hadis-Hadis yang Baginda wariskan pada ulamak-ulamak....
2) Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkanNya di dalam dirinya."

3) Seangkuh & sehebat manapun kamu,namun kesejadah jua DAHImu sujud...Seindah manapun pakaianmu,secarik KAIN dan secebis KAPAS jua membalutimu...Sebesar dan seindah manapun RUMAHmu,sekujur badan yang dalam GELITA jua tempat tinggalmu...Seramai manapun KAWANmu dan sebanyak manapun DUIT/HARTAmu,tetapi kamu tetap akan keseorangan...Secantik manapun rupamu,TULANG PUTIH jua yang akan kekel ditubuhmu...DISANA,hanya akan tinggal adalah AMAL IBADAT yang menjadi TEMANmu...




4) Jadikanlah al-Quran sebagai penawar hatimu,zikir sebagai penghibur hatimu,solat sebagai pelindung dirimu dan takwa sebagai pangkal dalam hatimu...

5) "Sesunguhnya medan berbicara itu tidak semudah medan berkhayal. Medan berbuat tidak semudah medan berbicara. Medan berjihad tidak semudah medan bertindak dan medan jihad yang benar tidak semudah medan jihad yang keliru" [ Al-Imam syahid Hassan Al-Banna ]

Thursday, May 3, 2012

Lazim kita diingatkan dengan terjemahan ayat ni:



Surah Ar-Ra'd :
[27]
Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk/mencari kepadaNya, -


[28]
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, hati-hati menjadi tenang.


Kerapkali bila kita mengadu pada ibu atau ibu mertua kita, yang selalu akan dipesan adalah




"Banyak-banyak mengaji, dekatkan diri dengan ALLAH"
"InsyaALLAH hati hilang ragu-ragu dan akan rasa lebih tenang."


ALLAH dan Al-Quran


kerana memang benar, satu-satunya pendamping yang paling boleh dipercayai adalah Al-Quran.
dan Satu-Satunya pemberi rasa tenang dalam hati adalah ALLAH SWT.


Pesanan bermakna dari mama re post ini :




"nisa, my love,when your heart is in doubt....read the quran. your one and only trustworthy companion. nothing will compare to it.


if u have to trust, do put your trust in allah first cos allah is perfect. i'm not saying u can't trust in fellow human. but human are not perfect. so when u put your trust in another human be prepared to forgive his / her imperfection..... that's what i remind myself everyday. your no. 1 survival kit!! "




****

Wednesday, May 2, 2012



fahamilah solat kita
insya-Allah...jika kita faham solat kita,
maka solat kita akan jadi lebih sempurna
dan mendapat khusyuk dalam solat...
insya-Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...