Thursday, September 20, 2012

Tinggalkanlah dunia ini dengan keadaan selamat...

Sesiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kpd diri, iaitu dgn mengurangkan tidur, menurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada2 dgn rezeki yg ada.
2. Hak kpd Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yg tertinggal, iaitu dgn memohon maaf drp org yg dizalimi, membuat persiapan utk mati dan merasa cinta kpd Allah S.W.T.
3. Hak kpd kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jgn suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kpd Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jgn berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
 
5. Hak kpd Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakan berzikir, ikhlas dlm amalan dan sanggup menanggung kesulitan. 
6. Hak kpd titian sirat, iaitu buang tabiat suka menumpat, bantu orang beriman dan hidup dlm suasana berjemaah. 
7. Hak kpd Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan Allah S.W.T. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kpd ibu bapa dan memperbaiki akhlak. 
8. Hak kpd Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kpd qada’ Allah S.W.T. , sabar menerima bala dan bertaubat. 
9. Hak kpd Rasulullah s.a.w., iaitu dgn sering berselawat kpd baginda, berpegang kpd sunahnya dan bersaing mencari kelebihan dlm beribadah. 
10. Hak kpd Allah, iaitu mengajak manusia kpd kebaikan, mencegah manusia drp melakukan kemungkaran, bencikan kpd sebarang maksiat dan tdk melakukan kejahatan.
 
“Hendaklah org2 yg mendengar ucapanku, menyampaikan pula kpd org lain. Semoga yg terakhir lbh memahami kata2ku drp mereka yg terus mendengar darku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kpd hamba2-Mu”

Monday, September 17, 2012

Ilmusunnah.com – Bertambah Rezeki Dan Umur Dengan Silaturrahim

Ilmusunnah.com – Bertambah Rezeki Dan Umur Dengan Silaturrahim

JANJI BENAR ALLAH SWT.

Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal saleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. . (al-Quran,al-Nur:55)

Sunday, September 16, 2012

Doa Untuk Bumi Syam


AlHajjaj bin Yusuf asSaqafi pernah berkata tentang penduduk bumi Syam:

'Jangan kami tertipu dengan sifat sabar mereka, dan jangan kamu memperlekehkan kekuatan mereka. Jika mereka bangkit untuk menolong seseorang, mereka tidak akan membiarkannya sehinggalah mereka meletakkan mahkota di atas kepala orang itu. Jika mereka bangkit menentang seseorang, mereka tidak akan melarikan diri sehinggalah mereka dapat memenggal leher orang itu. Mereka adalah sebaik-baik tentera di bumi ini'.

'Takutilah kamu tentang tiga perkara mengenai orang Syam: Pertama, wanita-wanita mereka jangan kamu sakiti, kerana nanti kamu akan dibaham seperti singa membaham mangsanya. Kedua, bumi mereka, kerana nanti kamu akan diperangi oleh batu-batan dari gunung-gunung mereka. Ketiga, deen (agama) mereka, kerana nanti mereka akan memusnahkan dunia kamu'.

Seorang taghut seperti AlHajjaj, yang pernah merosakkan Kaabah dengan meriam batu (manjanik) sendiri merasa gerun untuk berhadapan dengan ahli Syam. Sehingga sekarang mereka setelah beberapa bulan berlalu, mereka masih cekal melawan kezaliman thaghut di bumi mereka. Semoga mereka mendapat kemenangan dalam masa yang terdekat, insya Allah.

Pasti Kau Akan Menangis, Wahai Umar


Apa katamu wahai Umar
Bila melihat umat ini
Tidur nyenyak di hotel 7 bintang
Dan bermewahan makan minum
Sedangkan kau hanya tidur di atas pelepah tamar
dan engkaulah orang pertama merasa lapar kalau rakyat kelaparan
dan orang terakhir merasa kenyang bila rakyat kenyang

Apa katamu nanti wahai Umar
Bila melihat umat ini dipimpin sang penipu dan pendusta
Yang mengaut harta milik negara
Yang rakus memegang kuasa secara dusta
Sedang di zamanmu
Semua amir adalah golongan terpilih
Yang enggan menerima amanah
Hinggakan katamu:
"Kamu serahkan kepadaku amanah ini, sedangkan kamu membiarkanku sendirian"

Apa katamu nanti wahai AlFaruq
Bila mendengar umat ini
Terbang ke sana sini melewati bumi Al-Aqsa ini
Menjadikan bumi barakah ini bagaikan yatim sendirian
Sedang suatu masa dulu
kau membebaskan Al-Aqsa
denganbergilir menaiki unta dengan khadammu

Tahukah kamu wahai Umar
Bahawa kami cukup berbangga denganmu
Tapi
Kau pasti akan menangis wahai Umar
Bila 1300 tahun selepas AlAqsa kau bebaskan
Umat ini sekali lagi menantikan kehadiranmu
Kerana umat ini begitu ketandusan sepertimu

Dhuha...



[++] "Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu".

"Ya Allah jika rezekiku masih 
di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"

# Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq) - http://www.pondok.my/

Hati...

Tanda2 Hati yg telah Mati.
1. “Tarkush sholah” – Berani meninggalkan solat fardhu.
2. “Adzdzanbu bil farhi” – Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar (QS 7:3).
3. “Karhul Qur’an”- Tdk mau membaca bahkan menjauhi ayat2 Al qur’an.
4. “Hubbul ma’asyi”- Terus menerus melakukan maksiat.
5. “Asikhru” -Sibuknya hanya mengumpat & buruk sangka & merasa dirinya selalu lebih suci, atau baik dari org lain.
6. “Ghodbul ulamai”- Sangat benci dgn nasihat baik & sangat benci dgn ulama.
7. “Qolbul hajari” – Tdk ada rasa takut akan peringatan kematian, seksa kubur & akhirat.
8. “Himmatuhul bathni”- Gilanya pd dunia tanpa peduli halal haram, yg penting kaya.
9. “Anaaniyyun”- tidak mempedulikan keadaan org lain, saudara bahkan boleh jadi keluarganya sekalipun menderita.
10. “Al intiqoom”- Pendendam hebat.
11. “Albukhlu”- sangat pelit (sangat sukar utk bersedekah).
12. “Ghodhbaanun” -cepat marah kerana keangkuhan & dengki.

Apakah Tanda-tanda ini ada dalam hati kita? Astaghafirullah…
Semoga kita dpt menbersihkan hati kita dan mendepat redha Allah.Semoga Allah selalu menghiasi hati kita dgn keindahan, kekuatan & kenikmatan iman..insyaAllah...
amin..

untukmu si anak....


Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:
Bila hati mak k
ita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

#Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. just sbgai pringtan kpda yg msih ada ibu bpa.. biar lah prsaan myesal tdak timbul bla ketiadaan mreka nnti.. zmn skrg ana tgk rmai yg mkin x mghrgai ibu bpa.. skrg kta msih slesa la bla mreka msih ada..nnti..emm.. perit rsanya kwn2...mnangis air mta drah skalipun mreka xkn kmbali.. :(



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...