Sunday, September 16, 2012

untukmu si anak....


Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:
Bila hati mak k
ita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

#Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. just sbgai pringtan kpda yg msih ada ibu bpa.. biar lah prsaan myesal tdak timbul bla ketiadaan mreka nnti.. zmn skrg ana tgk rmai yg mkin x mghrgai ibu bpa.. skrg kta msih slesa la bla mreka msih ada..nnti..emm.. perit rsanya kwn2...mnangis air mta drah skalipun mreka xkn kmbali.. :(



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...