Thursday, January 31, 2013

Cemburu?kenapa wanita?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

     Hari ini,ana nak kongsikan dengan sume tentang cemburu...ramai diantara kita yang tahu apa itu cemburu...dan sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk kaitkan perasaan ini terhadap kaum hawa...memang betul rasa cemburu ataupun Al-Ghirah merupakan fitrah dasar pada diri wanita yang mengalir dalam diri mereka dan berjalan di aliran darahnya...maka wanita muslimah haruslah menjaga fitrah ini agar tidak terlumuri gangguan dan bisikan-bisikan iblis laknatullah...

     Wanita harus mengekangnya dengan tali iman dan membelenggunya dangan ikatan takwa,agar rasa cemburu tersebut dapat menghasilkan sesuatu yang baik sehingga mereka boleh mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti...Namun,jika seseorang wanita memberi angin dan membuka peluang ini pada rasa cemburu, maka mereka akan berhadapan dengan risiko yang tidak terjangka dimana syaitan/iblis laknatullah akan mengheretnya/mengundang kepada kemurkaan Allah SWT...
    Kemudian,mereka-mereka ini lebih suka berdusta, melakukan kezaliman, melanggar kehormatan diri mereka sendiri dan menyebarkan pelbagai jenis fitnah yang berpanjangan...Jika ada yang sudah berumahtangga,semestinya institusi kekeluargaan tersebut tidak akan bertahan lama kerana kehidupan mereka diselimuti penderitaan, kezaliman dan macam-macam lagi bentuk keburukan dari sifat-sifat mazmumah...
     Tetapi,cemburu tidak akan muncul kecuali ada rasa cinta dan kasih antara sesama insan...Selagi cinta itu kuat,maka tahap kecemburuan wanita terhadap suaminya juga bertambah kuat...maka,cemburu boleh di bahagikan kepada dua bahagian yang mengikut syariat iaitu :

1. Cemburu yang terpuji
     Cemburu ini adalah cemburu yang sangat sesuai dengan Kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW...antara contoh-contoh yang terpuji adalah :
a) Cemburu terhadap hal-hal yang diharamkan Allah SWT seperti:
 - cemburu terhadap kehormatan; orang mukmin haruslah cemburu terhadap anggota keluarganya jika salah seorang di antara mereka yang mengotori kemuliaan atau kehormatan diri...
Rasulullah SAW bersabda: "Tiga orang yang tidak akan masuk syurga adalah orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, orang yang tidak cemburu terhadap kehormatan dan wanita yang menyerupai lelaki..." (HR. A-Bazzar) 
Maksud cemburu terhadap kehormatan disini adalah suami yang tidak mengendahkan isteri mereka yang tidak menjaga kehormatan diri seperti memakai pakaian yang tidak menutup aurat.wallahualam...

b) Cemburu terhadap waktu
   - cemburu terhadap waktu juga salah satu cemburu yang terpuji kerana bagi ahli ibadah, waktu merupakan sesuatu yang amat berharga dan amat bernilai kerana waktu tidak akan pernah kembali apabila berlalu. Mereka akan berasa cemburu jika kehilangan waktu/terlepas waktu kerana bila sekali sahaja mereka kehilangan waktu, mereka tidak akan dapat kembali lagi...contoh paling mudah adalah jika mereka terlewat untuk solat berjemaah,tentu sekali mereka akan rasa menyesal kerana terlepas peluang untuk mendapatkan pahala berjemaah...wallahualam..

2. Cemburu yang tercela
        Cemburu ini adalah jenis cemburu yang berasaskan jiwa yang kotor atau yang tidak dikekang oleh ketentuan syariat...jadi dalam jenis ini lah kadang kala manusia akan terjerumus kearah kebinasaan...antara contoh-contoh cemburu yang tercela adalah seperti:

   - Apabila seorang suami berasa cemburu berlebih-lebhan terhadap isterinya sehingga menimbulkan buruk sangka yang tidak dapat dibendung lagi...Selain itu, cemburu isteri terhadap suaminya yang berlebihan dan tidak kena pada tempatnya juga boleh mengundang keruntuhan institusi kekeluargaan dan menyeretnya kepada perbuatan dosa dan maksiat seperti ghibah, mengadu domba, dengki, iri hati dan sewaktu dengannya..wallahualam...

sekian saja untuk entri kali ini...renung2kanlah dan selamat beramal... ^_^

Friday, January 18, 2013

Haa...jom solat dhuha! ^_^


 Assalamualaikum..hari ni,ana nak ceritakan tentang  solat dhuha...
Dhuha menurut ahli fekah adalad waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika condong/hilang..So, solat dhuha adlah solat sunat yang dilakukan/dikerjakan pada waktu tu la...

HUKUM SOLAT DHUHA
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari

2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.

3.      Tidak disunatkan.
4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.



Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunatmu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamselalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:



أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ


صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ


Maksudnya:

Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.



Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:



أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ


بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.


Maksudnya:

Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.



  KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
·         Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada AllahSubhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:



يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ


وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ


وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.


Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.


  Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:



يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.


Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.


  Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ


ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.


Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.


   Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:



صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
·          Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:



Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:



Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ


ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.


Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.



Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:



صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.



 Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.



Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.



أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ


فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.


Maksudnya:

Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.



Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:



وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,


وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,


وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ


Maksudnya:

Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidha’if. Wallahu’alam.



Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:



مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:


كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟


قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.


Maksudnya:

Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?

Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.



  Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha


Rakaat Pertama

1)            Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha

2)            Takbiratul Ihram

3)            Doa Iftitah

4)            Membaca surah al-Fatihah

5)            Membaca Surah al-Qur’an

6)            Rukuk

7)            Iktidal

8)            Sujud

9)            Duduk antara dua sujud

10)          Sujud kali kedua

11)          Bangun untuk rakaat kedua



Rakaat Kedua

1)            Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2)            Duduk untuk tahiyyat akhir

3)            Memberi salam ke kanan dan ke kiri

haa...sebelum ana tamatkan entri ana utk kali ni,kat sini ana nk kgsikan video doa dhuha...bukan ana nk ckp pe la,tp jujur ana katakan yang ana dpt hafal doa dhuha melalui video ni la walaupun tiap2 hari ad keluar kat radio...smangat kowt download video nie...haa,so...fikir2kan lah dan selamat beramal...ngee~
video

Monday, January 14, 2013

MURTAD?APA TU MURTAD?

         Ramai diantara kita yang tak tahu atau tak faham ape maksud murtad,macam mana boleh murtad,apa yang bahayanya dengan perkara murtad ni?banyak soalan-soalan yang sentiasa  berlegar-legar di ruang fikiran ana...mase kat sek dulu,ade je adik2 yang dalam group usrah yang tanya kat ana ape sebenarnya yang bley wat org murtad?walaupn ana bukanlah salah seorang naqib/naqibah yang bertanggungjwb dalam usrah tu,tapi ana rase bertanggungjwb sbgai seorg muslim untuk berkgsi ape itu murtad....

PENGERTIAN MURTAD,

     Murtad,adalah org Islam yang keluar dari agama-Nya yakni mengingkari sesama ajaran Islam,baik dalam keyakinan,perbuatan mahupun ucapan. Perbuatan tersebut dinamakan riddah. Orang yang melakukan perkara tersebut dilaknat Allah dan akan mendapat siksaan yang amat pedih sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

       "barang sesiapa yang murtad dia antara kamu dari agamanya lalu dia mati daam kekufuran,maka mereka itulah yang sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka,mereka itulah yang akan kekal didalmnya"


    Oleh sbb itula kita xsepatutnya wat perkara2 yg bley memurtadkan diri.Ape yg ana nampak skrang ni budak zaman sekarang da xpandai nk jge pergaulan,perbuatan dan yang paling pnting,percakapan. Mcm2 yg da jd skrg ni..nk jdkn crite,ad skali tu ana terdgr dlm bas mse ana otw blek umah ana kat negeri sembilan,sorg budak tu dgn selambe badak je die ckp,'eleh,kalau aq wat dose,sape nk marah?mak aq?haha...silap besar la kann'. Bile ana dgr je ana mnggigil kowt...xsgke bdk2 skrg da sgt2 brani ckp cmtu..

    Knape ana menggigil?sbb mse tu klu nk ikotkn hukum,budak tu da murtad/keluar dari agamanya(Islam)..kenape?meh ana tunjukkan sbbnya kat bwh nie:

JENIS2 MURTAD

   Murtad terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1. Murtad dalam i'tikad
2. Murtad dalam perbuatan
3. Murtad dalam ucapan

    Murtad dalam i'tikad termasuklah meragukan kekuasaan Allah,meragukan isi kandungan Al-Quran,meragukan kewujudan hari kiamat,mempercayai adanya nabi selepas Rasulullah SAW,mendustakan Rasulullah,manghalalkan barang yang haram berdasarkan jimak dan ajaran Islam. Misalnya menghalalkan zina dan sebagainya...selain tu,berniat untuk melakukan kekufuran pada masa akan datang jgk termasuk dalam kategori ni selain mewajibkan perkara yang tak wajib...


    Murtad dalam perbuatan plak termasuklah bersujud selain kepada Allah,yakni kpd matahari,bulan,pokok,batu,patung dan sewaktu dgnnya la...ad jgk yang bersujud kepada manusia iaitu meminta-minta kepada makhluk Allah,memuja2,menganggapnya memiliki kekuatan(kekuasaan) selain kekuasan Allah SWT


    Murtad dalam ucapan seperti mengucapkan kata2 Nasrani, Yahudi kepada seorang muslim. Tapi,kata2 tersebut dibenarkan jika ditujukan kepada orang yang layak iaitu orag2 kafir dengan erti kata lain bahawa sesiapa yang mengkafirkan/menasranikan seorg muslim,maka dia adalah seorang yang telah murtad...selain tu,mengejek/meragukan salah satu nama Allah dalam Asmaul Husna juga termasuk dalam kategori ni..ada juga yang murtad cuma dengan berkata, "laknat Allah tu utk org2 alim,sambil bermaksud keseluruhannya,termasuklah para nabi"...aq pn tak pasti yang aq ni org mukmin atau bukan" dan yang paling teruk la bg ana bila ad org yang berkata,"kalau aq solat,ape yg aq akn dapat?"...

   
    Subahanallah...ape nk jd la dgn bdk2 skrang nie...tkot sgt2 ana tgk..ana xnk anak2 ana jd cmtu...nauzubillah...mohon dijauhkan la ye?...amin...haa,yg budk td tu termasuk dalam kategori murtad dalam ucapan...so,sebagai seorang mukmin,kita haruslah sedar apa yang kita niatkn,buat,lihat adalah dalam pengetahuan-Nya sbb Dia Maha Mengetahui,Maha Melihat dan Maha mendengar...sama2lah kita doakan agar umat Islam terselamat dari azab siksa Yang Maha Mencipta...insya-Allah...amin...
Segala yg buruk tu dtgnya dari khilaf dan kelemahan ana sendiri dan yang baik tu datangnya dari Allah..sesungguhnya baik dan buruk itu datangnya daripada Allah Yang Maha Berkuasa...^_^

NIKAH menurut SUNNAH RASUL JUNJUNGAN


Mudahnya NIKAH menurut SUNNAH RASUL JUNJUNGAN...^_^


Hadis riwayat Sahal bin Sa'ad ra., ia berkata:
Seorang wanita telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata:

'Wahai Rasulullah, aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.'
Lalu Rasulullah saw memandang perempuan itu dan menaikkan pandangan serta menurunkannya kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepala. Melihat Rasulullah saw tidak memutuskan apa-apa terhadapnya, perempuan itu lalu duduk.
Seketika kemudian seorang sahabat berdiri dan berkata:
 'Wahai Rasulullah, jika engkau tidak berkenan padanya, maka nikahilah akan aku dengannya.'
Rasulullah bertanya: 'Apakah engkau memiliki sesuatu?' Sahabat itu menjawab: 'Demi Allah! Tidak wahai Rasulullah!'

Baginda saw berkata: 'Pulanglah engkau kepada keluargamu dan lihatlah apakah kamu (berjaya) mendapatkan sesuatu?'
Maka pulanglah sahabat itu, lalu kembali lagi dan berkata: 'Demi Allah! Aku tidak mendapatkan sesuatu!' Rasulullah saw bersabda: ' Carilah lagi walaupun hanya sekadar cincin besi!

Lalu sahabat itu pulang dan kembali lagi seraya berkata: 'Demi Allah tidak ada ya Rasulullah, walaupun sebuah cincin dari besi, kecuali kain sarung milikku ini!
Sahal berkata: Dia tidak mempunyai rida' (kain yang menutupi bahagian atas). Berarti wanita tadi hanya akan mendapatkan setengah dari kain sarungnya.

Rasulullah bertanya: 'Apa yang dapat kamu perbuat dengan kain sarung milikmu ini? Jika kamu memakainya, maka wanita itu tidak dapat memakai apa-apa. Demikian pula jika wanita itu memakainya, maka kamu tidak akan memakai apa-apa.Lelaki itu lalu duduk agak lama dan berdiri lagi hingga terlihatlah oleh Rasulullah ia akan berpaling pergi. Rasulullah saw memerintahkan untuk ia dipanggil, lalu ketika ia datang Baginda saw bertanya: 

'Apakah kamu bisa membaca Al-Quran?' Sahabat itu menjawab: 'Saya bisa membaca surat ini dan surat ini..' Sambil ia menyebutkannya satu persatu. Rasulullah bertanya lagi: 'Apakah kamu menghafalnya?' Sahabat itu menjawab: 'Ya!'

Lalu Rasulullah bersabda: 'Pergilah, wanita itu telah menjadi isterimu dengan mahar mengajarkan surat Al Quran yang kamu hafal kepadanya.'
(Shahih Muslim, hadis no. 2554)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...